Thursday, 12 May 2016

KEPENTINGAN AIR

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iatu bersamaan dengan 8 gelas air. Air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam atau air mineral.

Air merupakan sumber kehidupan pertama bagi setiap manusia, selain haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Banyak sekali manfaat yang di berikan oleh air untuk tubuh manusia, diantara penjelasannya sebagai berikut :



Air Bekerja Dengan Ajaib
Apabila kita minum banyak air bersih dan jernih, maka ia amat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Hal ini kerana, 70% tubuh badan manusia terdiri dari air. Haiwan dan hidupan juga memerlukan air untuk kelangsungan hidup.

Pencernaan dan metabolisme yang lebih baik
Minum air dalam jumlah yang cukup menjadikan pencernaan berjalan dengan baik dan metabolisme badan dapat bekerja pada kapasiti yang maksima.  Faktanya, penelitian terbaru dari University of Utah menyatakan bahawa kekurangan air dapat menyebabkan menurunnya metabolisme dalam badan seseorang manusia.

Memperbaiki kemampuan dan daya tahan tubuh
Anda akan mampu bekerja lebih keras/berat bila mendapatkan air yang cukup.  Sebagai tambahan, air dapat memperkuat daya tahan tubuh badan anda.  Hal ini kerana air dapat menaikkan simpanan glycogen, suatu bentuk dari karbohidrat yang tersimpan dalam otot dan digunakan sebagai energi saat anda bekerja.

Tahan lapar
Rasa lapar kadangkala merupakan penyamaran dari rasa haus.  Sewaktu anda mengalami dehidrasi (kekurangan air) anda mungkin merasa ingin makan padahal yang anda perlukan sebenarnya adalah air.  Anda juga dapat memanfaatkan kesan rasa kenyang dari minum air untuk mencegah makan berlebihan.


Mengurangi risiko terhadap beberapa macam penyakit
Para penyelidik saat ini meyakini bahawa cairan atau tepatnya air dapat berperanan aktif dalam mengurangi risiko terhadap beberapa penyakit seperti: batu karang, kanser saluran kencing, kanser rahim, dan kanser usus besar (colon).  Minum air yang cukup dapat pula menghindari sembelit.

Senjata terbaik melawan sakit masuk angin atau batuk
Antibodi dalam lendir yang melapisi kerongkongan berfungsi untuk menyekat virus batuk.  Daya tahan ini akan melemah apabila anda dehidrasi (kekurangan air) kerana akan menyebabkan lendir mengering.  Sebagai catatan banyak ahli kesihatan menyifatkan air sebagai ekspektoran yang efektif untuk mengurangi batuk.

Pelembab wajah paling baik
Dengan minum banyak air membantu kulit anda tetap kenyal dan anjal serta mengurangi garis-garis dan kerut pada wajah. Apabila kita banyak meminum air, ia mengurangi masalah kulit kering dan mengekalkan seri di wajah menjadi sentiasa nampak muda.

Mengatasi migrain/sakit kepala
Para peneliti menyatakan bahawa dehidrasi dapat mengakibatkan migrain/sakit kepala, jadi bila Anda sering mengalami migrain adalah sangat penting untuk minum air dalam jumlah yang cukup.











Wednesday, 11 May 2016

PROSES KEJADIAN AIR

"Dan DIAlah (ALLAH) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembiran sebelum kedatangan rahmatNYA (hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung. Kami halakan dia ke negeri yang mati (daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu. Kemudian, Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raaf: 57)


Mengikut sains, kejadian awan dan hujan berlaku apabila didapati banyaknya wap air yang terkumpul di dalam udara (kerana air lebih cepat kadar sejatannya). Udara panas yang sarat dengan wap air ini akan naik tinggi sehinggalah apabila ia tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, maka wap-wap air ini akan cair dan membentuk kepulan awan.

Wap-wap air yang terkumpul bersama udara tadi akan menjadi lebih berisi dan tepu apabila keadaan atmosfera sekeliling menjadi lembap. Titik-titik air akan terhasil dalam awan itu tadi dan menjadi semakin besar dan berat. Graviti akan menarik awan tadi ke bawah. Sampai satu peringkat, titik-titik air itu akan jatuh berderai sebagai hujan.

Air hujan inilah apabila turun ke muka bumi, kemudian disalirkan ke sungai dan tempat tadahan air. Maka, disitulah manusia menikmati sumber air untuk meneruskan kehidupan dan menjalani urusannya setiap hari.

PENGENALAN AIR


Air mencakupi 70% daripada keluasan bumi. Ia juga mencakupi 70% dalam badan manusia. Namun begitu jumlah air tawar adalah amat kecil. Kebanyakan air hanya boleh didapati di laut dan lautan yang terbentang luas.

Sungai merupakan aliran air yang mengalir dari kawasan pergunungan ke kawasan yang lebih rendah. Air sungai berpunca dari hujan yang turun di kaki gunung atau bukit dan kemudian mengalir ke laut. Amat sukar untuk mendapatkan sungai yang bersih dan membekalkan sumber air kepada manusia. Oleh itu seharusnya sungai perlu dijaga untuk memastikan bekalan air bersih berpanjangan.

Pada zaman dahulu, kebanyakan sungai dijadikan alat perhubungan yang penting dan sumber protein. Setelah jalan raya dibina, sungai hanya berfungsi sebagai jalan perhubungan di kawasan pedalaman, sumber makanan dan sebagainya.

Kemajuan yang dicapai telah memberi faedah yang cukup besar kepada manusia itu sendiri. Suatu ketika dahulu, manusia terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan bekalan air dari sungai, kolam, perigi atau laut. Dengan perkembangan teknologi, manusia kini mudah mendapatkan bekalan air dimana-mana sahaja dengan mudah.

Bekalan saluran paip merupakan salah satu kemudahan yang diperolehi daripada teknologi. Manusia hanya perlu memutarkan kepala paip untuk mendapatkan air. Bahkan di negara-negara yang beriklim sejuk sederhana, bekalan air panas turut disediakan untuk memudahkan manusia memanaskan badan.

Air bukan sahaja diperoleh daripada sungai, tasik, kolam atau terusan, tetapi juga turut menggunakan air laut. Proses peneutralan telah dilakukan di negara-negara yang kekurangan air tawar untuk memenuhi permintaan. Selain itu, terdapat juga beberapa buah negara menjalani proses pengitaran air kumbahan untuk digunakan semula.

Teknologi ini mencakupi pelbagai aspek dari segi bekalan, takungan, saluran paip dan proses pengitaran. Sekiranya tidak terdapat peningkatan dalam kejuruteraan, bekalan air tidak dapat disalurkan ke kawasan kediaman pada hari ini.