Wednesday, 11 May 2016

PROSES KEJADIAN AIR

"Dan DIAlah (ALLAH) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembiran sebelum kedatangan rahmatNYA (hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung. Kami halakan dia ke negeri yang mati (daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu. Kemudian, Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raaf: 57)


Mengikut sains, kejadian awan dan hujan berlaku apabila didapati banyaknya wap air yang terkumpul di dalam udara (kerana air lebih cepat kadar sejatannya). Udara panas yang sarat dengan wap air ini akan naik tinggi sehinggalah apabila ia tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, maka wap-wap air ini akan cair dan membentuk kepulan awan.

Wap-wap air yang terkumpul bersama udara tadi akan menjadi lebih berisi dan tepu apabila keadaan atmosfera sekeliling menjadi lembap. Titik-titik air akan terhasil dalam awan itu tadi dan menjadi semakin besar dan berat. Graviti akan menarik awan tadi ke bawah. Sampai satu peringkat, titik-titik air itu akan jatuh berderai sebagai hujan.

Air hujan inilah apabila turun ke muka bumi, kemudian disalirkan ke sungai dan tempat tadahan air. Maka, disitulah manusia menikmati sumber air untuk meneruskan kehidupan dan menjalani urusannya setiap hari.

No comments:

Post a Comment